Monday, January 18, 2010

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Mengedar senarai aktiviti untuk tajaan kepada jiran ,taulan dan saudara mara untuk menyumbang.

2. Mencari penaja. Penaja diminta menaja sepenuhnya atau secara berkongsi satu projek yang bakal dilaksanakan.

3. Menyalur maklumat kepada Jawatankuasa berkenaan pertubuhan/individu yang mahu membantu tenaga secara sukarela.

4. Menyokong kempen memohon kerjasama semua pihak untuk membantu termasuk individu /perseorangan di luar Tg.Malim.

5. Menganggotai Jawatankuasa Penajaan serta mewujudkan satu Jawatankuasa yang efektif untuk mencari dana.

6. Membantu Jawatankuasa memohon pihak masjid memperuntukkan dana khas setiap tahun.

7. Mewujudkan tabung kekal yang akan diletakkan di masjid (tabung dicadangkan dibuat daripada logam dan konkrit dan di lekatkan di tiang.

8. Membantu Jawatankuasa mewujudkan akaun khas di bank bagi memudah penderma
Menderma/menymbang secara ‘on-line’.

9. Menaja pembersihan iaitu satu kubur = RM 100.00 setahun.

10. Memberi apa jua maklumat kepada Jawatankuasa yang boleh membantu secara positif ke arah pengurusan kubur yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment