1. Mengedar senarai aktiviti untuk tajaan kepada jiran ,taulan dan saudara mara untuk menyumbang.
2. Mencari penaja. Penaja diminta menaja sepenuhnya atau secara berkongsi satu projek yang bakal dilaksanakan.
3. Menyalur maklumat kepada Jawatankuasa berkenaan pertubuhan/individu yang mahu membantu tenaga secara sukarela.
4. Menyokong kempen memohon kerjasama semua pihak untuk membantu termasuk individu /perseorangan di luar Tg.Malim.
5. Menganggotai Jawatankuasa Penajaan serta mewujudkan satu Jawatankuasa yang efektif untuk mencari dana.
6. Membantu Jawatankuasa memohon pihak masjid memperuntukkan dana khas setiap tahun.
7. Mewujudkan tabung kekal yang akan diletakkan di masjid (tabung dicadangkan dibuat daripada logam dan konkrit dan di lekatkan di tiang.
8. Membantu Jawatankuasa mewujudkan akaun khas di bank bagi memudah penderma
Menderma/menymbang secara ‘on-line’.
9. Menaja pembersihan iaitu satu kubur = RM 100.00 setahun.
10. Memberi apa jua maklumat kepada Jawatankuasa yang boleh membantu secara positif ke arah pengurusan kubur yang cemerlang.
Monday, January 18, 2010
Kejayaan hasil usaha bersama sehingga kini
1. Dirian pondok bacaan talkin boleh alih, pondok musafir, tangga batu dan papan-papan tanda doa melalui tajaan individu.
2. Pemotongan rumput dan pembersihan berskala kecil oleh sukarela. Pemberian saguhati kepada sukarela ini melalui perolehan sumbangan orang ramai/waris.
3. Membeli satu mesin rumput, satu mesin racun/blower dan satu mesin penyedut air.
4. Lebih RM 6,000.00 telah dikutip dari orang ramai dan telah dibelanjakan bagi tujuan penyelenggaraan.
5. Menebang pokok Payung Indonesia atas permintaan waris.
6. Mengadakan pakatan bersama Ahli-ahli Majlis Daerah Taman Hijau/ Kg.Cabang Lima/ Kg Lambak dan menjadikan gotong royong membersih kubur sebagai ‘local agenda’ 2010, juga dimasukkan dalam takwim ‘local agenda’ Tg. Malim.

Objektif
1. Berusaha menjadikan tanah kubur murni dan permai.
2. Membeli peralatan berteknologi bagi memudahkan sukarelawan membuat keja-kerja pembesihan dan menggali kubur seperti mesin tebas( untuk tebas rumput kawasan lapangan), mesin racun (meracun rumpai yang tumbuh liar diatas pusara dan tepi pusara), mesin gergaji( menebang anak pokok dan dahan pokok), mesin penyedut air( untuk mengering air dalam liang), tangga tinggi untuk kemudahan memotong dahan
3. Melaksana proses pembersihan memangkas dan menebang pokok-pokok bagi mengurangkan daun-daun gugur yang menjadi habitat binatang berbisa (Ular tedung,ular kapak, lipan, semut api,dan binatang rayap) dan membahayakan keselamatan waris/pengunjung.
4. Mengindahkan kawasan perkuburan agar bertaraf lebih selesa dan maju seperti tanah perkuburan kawasan lain yang punya pengurusan dan srategi baik .
5. Menanda kubur dengan kod kawasan/ batu lot supaya kubur mudah dikesan dan di selenggara.
6. Memupuk rasa tanggungjawab dan kelekitan di kalangan waris keluarga/ penduduk setempat Tg Malim dan merasakan membersih kubur adalah pekerjaan cemerlang di sisi Allah ( sumber : Hadis) dan amanah bersama.

Sejarah & Kisah Asal Kubur Jln Kotoyong
Perkuburan Islam Jalan Kotoyong Tg.Malim adalah salah satu antara empat tanah perkuburan yang terdapat disekitar 5 kilometer radius Tg. Malim. Tanah perkuburan ini wujud sebelum perang dunia kedua. Pada waktu itu kawasan perkuburan ini telah diselenggara oleh ketua kampung/Tok Empat disekitarnya ketika itu. Pakatan jagaan tanah perkuburan adalah hasil kerjasama penduduk di bawah kewibawaan Ketua Kampung Ketoyong, Ketua Kampung Berop, Ketua Kampung Simpang Empat, Ketua Kampung Lambak/Chabang Lima dan Ketua Kampung Lubuk Salak. Pembersihan dibuat secara gotong royong berkonsep kekeluargaan. Secara bergilir, orang kampung bersama dengan ketua mereka akan membersihkan tanah perkuburan . Terdapat kawasan-kawasan khusus bagi setiap kampung-kampung ini seperti sudut SITC, sudut Ketoyong, sudut Berop dan sudut Chabang Lima/ Lambak.
Selepas perang dan wujudnya masjid Jame’ Tg.malim, pengurusan kubur adalah di bawah tanggungjawab Masjid Jamek Tg Malim, bawah pengawasan Imam Kanan merangkap Ketua Tadbir Masjid Jamek Tg Malim. Masuk era tahun 1980 Jawatankuasa masjid termasuk penghulu & imam amat prihatin terhadap tanah perkuburan ini. Namun, apabila masuk tahun 2000an, sikap masyarakat telah berubah. Tiada lagi sikap bergotong royong dan hanya meletakkan tugas pembersihan dan jagaan sepenuhnya kepada pihak masjid. Pihak masjid menghadapi masalah tenaga kerja dan terutama kos utk penyelenggaran.Semakin tahun masalah meruncing , Jawatan Kuasa masjid yang dipertanggung jawabkan(Jawatan Kuasa Kebajikan ) tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik kerana kekurangan tenaga kerja dan wang . Pihak UMNO cawangan Tg.Malim bawah kepimpinan Tn.Hj Abdullah dan Tn.Hj.Hj.Zamri mengambil inisiatif membersih kawasan perkuburan secara Gotong Royong bersama khariah masjid Tg.malim dengan bantuan Bank Rakyat. Dalam masa yang sama masih ada usaha sekumpulan kecil dan individu mengindahkan kubur dan memastikan ia tidak terus dhaif. Usaha ini pernah dilakukan oleh Allahyarham Kolonel (B) Dahlan dan sukarelawan yang terdiri dari penggali-penggali kubur dan En.Anuar(Mogah)Beliau membersihkan tanah perkuburan daripada pokok-pokok getah tua dan buluh sehingga menjadikan tanah kubur murni dengan tanaman pisang dan menanam 37 pokok Payung Indonesia( dari batang hingga ranting berduri) secara teratur. Pokok Payung Indonesia telah membesar hingga 4 pemeluk dan menggugur daun tua. Dedaun gugur pada kadar 300 kereta sorong sehari.kehadirannya lebih banyak menyusahkan daripada menyenagkan Manakala tanaman pokok pisang telah dapat teguran dari pihak kesihatan. Setelah mendapat teguran pihak kesihatan bahawa buah pisang terhasil dari baja mayat berbahaya ,pokok-pokok pisang ini dimusnahkan dan yang tinggal kini adalah saki baki pokok asal.
Kini, pengurusan kubur diletakkan di bawah Jawatankuasa Kebajikan Masjid Jame’. Masjid tiada peruntukan khas bagi penyelenggaraan kawasan perkuburan dan tiada usaha memasukkannya di dalam perancangan bajet tahunan Masjid. Permintaan peruntukan pagar pernah disampaikan kepada ADUN Behrang, Dato Khusairi melalui UMNO cawangan Tg.Malim . Beliau berjanji untuk membina pagar di kawasan perkuburan tersebut dari pencerobohan anjing tidak bertuan yang mengotorkan kubur dengan menyeret sampah-sarap di atas kubur, menyebar tulang babi ,mengorek kubur dan membuang najis. Pembiakan anjing liar ini juga makin berleluasa disebabkan lokasi tong sampah besar Majlis yang diletakkan di situ. Tong sampah yang menjadi sumber makanan anjing telah memburukkan lagi keadaan. Terdapat permintaan dan desakan untuk mengalihkan lokasi tong sampah tersebut namun sehingga kini belum ada tindakan positif dari pihak berkenaan dapat dilaksanakan. YB Jamaludin juga pernah membantu dengan sumbangan peribadi RM200.00 dan RM 300.00 sagu hati penggali-penggali kubur . Manakala masjid menghulur RM 250.00 lantaran barisan Jawatan Kuasa Majid tiada ada kuasa meluluskan peruntukan disebabkan tiada surat tauliah lantikan baru dari Pejabat Agama Islam Perak bagi tahun 2009/2010.

Subscribe to:
Posts (Atom)